Aha, siapa kata bola jaring untuk perempuan sahaja? almaklumlah dunia sekarang dah maju. Dahulunya sukan ini sinonim untuk perempuan sahaja. Jika kita lihat seorang lelaki yang bermain permainan ini dianggap lelaki itu seorag yang lembut. Perkara ini telah disangkal kerana zaman berubah dan masyarakat menganggap perkara ini hanya biasa sahaja dan tidak kelihatan pelik.
Kini sudah ada kelab sukan yang memiliki pasukan bola jaring di negara ini apabila ada usaha pihak tertentu mempopularkannya untuk golongan lelaki pula. Mungkin ramai yang tidak tahu. Yang menariknya, sukan ini juga telah popular di peringkat antarabangsa. Malangnya, Malaysia tidak lagi mendapat tempat untuk bersaing kerana baru , malah pertandingan di dalam negara untuk sukan ini juga tidak banyak seperti perlawanan bola sepak.
Bagi pendapat saya, saya melihat bola jaring lelaki ada masa depan dan boleh menjadi salah satu sukan yang boleh menaikkan nama Malaysia. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan perlu meneroka sukan baru setelah sukan popular lain sukar menyerlahkan pasukan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, mungkin sukan ini menjadi sukan yang mendapat ranking teratas selepas bola sepak. Secara kesimpulannya, sukan ini juga boleh bersaing dengan sukan-sukan lain. Oleh itu, kepada lelaki di luar sana, jangan malu untuk mencuba sukan bola jaring ini. :)

Info Bola Jaring:
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai dan berasal daripada bola keranjang. Dicipta pada tahun1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita. Bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popilar di Indies Barat, Sri Lanka dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.