Bersukan merupakan aktiviti sihat yang dapat membantu mencergaskan minda, tubuh badan dan memberikan kehidupan seseorang lebih berkualiti. Dalam perkongsian blog ini, saya lebih suka untuk membicangkan topik berkaitan sukan. Bagi saya seseorang yang bersukan lebih nampak cergas, proaktif dan lebih berketerampilan.
Semenjak daripada kecil, saya amat meminati sukan Taekwando. Sukan ini banyak mengajar saya erti ketabahan, kesabaran dan teknik-teknik untuk mempertahankan diri. Apabila saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), aktiviti yang saya ingin sertai adalah Taekwando. Alhamdullillah, saya dapat menyertai sukan ini dan menimba pelbagai pengalaman, cabaran dan rintangan untuk mendidik diri lebih fokus dan berdisiplin. Kenangan yang saya tidak akan lupakan sampai akhir hayat adalah saya pernah mempelajari teknik sukan Taekwando daripada salah seorang atlet negara iaitu Elaine Teoh. Beliau banyak membantu saya dan rakan untuk memantapkan lagi seni Taekwando ini. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menyertai sebarang pertandingan Taekwando pada peringkat Majlis Sukan Universiti (MASUM), tetapi saya berkesempatan menjalani latihan Taekwando di Stadium Sukan Bukit Jalil yang disertai oleh atlet Malaysia sendiri. Terasa bertuah dan bangga pabila bersama dengan barisan atlet Malaysia dan mereka telah melakar sejarah dalam acara sukan ini. Pada saya, sukan ini amat penting khususnya para wanita kerana melihat keadaan sekarang yang mana jenayah ragut, rogol dan culik berleluasa.
Kepada mereka yang sukakan kesenian, ingin ketahanan fizikal dan mental serta ingin mempertahankan diri, boleh lah mencuba untuk mempelajari lebih mendalam tentang seni Taekwando yang pada saya ia juga dapat menenangkan fikiran apabila kita terlalu sibuk bekerja dan belajar. Selamat mencuba. Majulah sukan untuk negara :))
No comments:
Post a Comment