Memandangkan demam piala FA bermula lagi, ramai peminat bola sepak tertunggu-tunggu siapa yang bakal ke final? kita tunggu dan lihat. Ok, post kali ini saya tertarik sekali dengan sukan bola sepak. Siapa tidak kenal dengan atlet bola sepak negara seperti Safie Sali, Amir Yahya atau Khairul Fahmi Che Mat. Hah! pemain luar negara pula seperti Cristiano Ronaldo, Fernando Torres dan Wayney Rooney. Tidak dinafikan, sukan bola sepak menjadi kegilaan ramai tidak kira lelaki mahupun perempuan. Mereka sanggup berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan yang dinantikan antara kelab dengan kelab atau negeri dengan negeri. Yang menariknya, terdapat stesen televisyen khas di Malaysia 'Astro Super Sport' menyajikan perlawanan bola sepak tidak kira dalam atau luar negara. Saya kira, stesen televisyen ini diperkenalkan untuk mereka yang tegar terhadap sukan ini dan mendapat permintaan ramai.
Umumnya sukan bola sepak
merupakan sukan yang paling terkenal di seluruh dunia. Sukan ini telah mendapat
tempat peminat bola sepak di dalam dan luar negara. Tambahan pula, sukan ini
bukan sahaja digilai oleh kaum lelaki tetapi ia juga diminati oleh kaum perempuan.
Menarik tentang sukan bola sepak ini adalah sukan sepasukan yang paling banyak
dimainkan dan ditonton di dunia dan dimainkan juga oleh dua pasukan yang mana
setiap-tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Justeru, sebelum abad
ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200
negara.
Antara kelebihan bermain
bola sepak adalah:
1. Membantu menurunkan
berat badan
Sukan bola sepak adalah
salah satu cara yang efektif untuk menurunkan berat badan berbanding sukan
lain. Selain itu, ia beerti dengan berlari dan berjalan semasa bermain sukan
ini membantu menurunkan berat badan yang ideal. Apabila anda berjalan, permintaan
tenaga dari tubuh anda menjadi sangat tinggi, yang biasanya akan menyebabkan
peningkatan metabolisme. Berat badan tidak hanya tentang diet, harus
digabungkan dengan latihan yang tepat dan banyak.
2. Menyihatkan jantung
Berjalan dan berlari
akan menguatkan sistem kardiovaskular anda secara keseluruhan dan memanjangkan
umur anda. Tambahan pula, ia meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan.
Malah, anda perlu selalu ingat bahawa otot dan paru-paru memerlukan lebih
banyak oksigen di seluruh tubuh badan dan dengan cara kita mengamalkan sukan
ini, ia dapat mengepam darah ke seluruh tubuh kita. Ini dapat mengurangkan
risiko serangan jantung serta menurunkan daripada tekanan darah meningkat.
Melihat kepada senario ini, Islam tidak meletakkan apa-apa syarat sekalipun untuk kita meminati permainan yang kita sukai. Walaubagaimanapun, jika kita minat dengan sukan bola sepak ini, janganlah sampai kita lalai dan alpa dalam melakukan tuntutan yang diwajibkan oleh Allah S.W.T seperti meningalkan solat. Oleh itu, tidak salah untuk kita menyokong mana-mana pasukan yang kita suka. Akhir kata "Majulah Bola Sepak Untuk Negara" Go Selangor!! ^_^
Melihat kepada senario ini, Islam tidak meletakkan apa-apa syarat sekalipun untuk kita meminati permainan yang kita sukai. Walaubagaimanapun, jika kita minat dengan sukan bola sepak ini, janganlah sampai kita lalai dan alpa dalam melakukan tuntutan yang diwajibkan oleh Allah S.W.T seperti meningalkan solat. Oleh itu, tidak salah untuk kita menyokong mana-mana pasukan yang kita suka. Akhir kata "Majulah Bola Sepak Untuk Negara" Go Selangor!! ^_^
No comments:
Post a Comment