Assalamualaikum.. Post kali ini kita tengok antara atlet yang banyak mengharumkan nama negara. Saya tertarik dengan seorang atlet yang bergelar Ratu skuasy negara. Siapa yang tidak kenal dengan beliau. Beliau telah banyak mengangkat nama Malaysia diperingkat antarabangsa dalam acara skuasy. Selain itu, beliau juga telah dianugerahkan Darjah Bakti (D.B.) Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN). Siapa sangka gadis yang berpewatakan sederhana ini telah banyak memenangi pingat emas di setiap acara terbuka dunia seperti Terbuka dunia di Jerman pada tahun 2005, terbuka Hong Kong Cathay Pacific (2008) dan terbuka di negara-negara lain.
Tambahan pula, pada tahun 2009, Datuk Nicole telah mencapai rekod atlet berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA dan menerajui jaguh empat teratas.Ini juga telah dibuktikan kerana beliau menjadi juara hampir setiap tahun bermula tahun 2006 sehingga sekarang.
Sebagai rakyat Malaysia dan seorang remaja, saya amat kagum dengan kesungguhan dan semangat beliau untuk menaikkan nama negara di seluruh dunia. Beliau juga bukan sahaja bijak dalam bidang akademik, tetapi bidang sukan juga beliau aktif. Tidak hairanlah jika ada remaja diluar sana mengikut jejak langkah positif yang beliau tonjolkan. Seharusnya, belia perlu menjadikan beliau sebagai ikon untuk masa hadapan.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Datuk atas sumbangan yang diberikan dalam menjadikan Malaysia mengorak langkah maju kehadapan.. :)))
Aksi lincah beliau... :)
No comments:
Post a Comment