Ini pula lain ceritanya, jika post lepas kita cerita tentang ratu skuasy negara, tapi kali ni kita tengok pula raja badminton negara. Aha! pasti semua orang sudah mengenali beliau.Beliau yang dimaksudkan adalah Datuk Lee Chong Wei. Beliau berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Apa yang menarik tentang beliau pula, beliau seorang pemain Badminton professional. Pencapaian ini telah membantu beliau mengurniakan gelaran Datuk kepadanya serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira negara kebangsaan.
Selain itu, Datuk Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Malah, beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an) dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu. Fuhh!! bila dilihat pencapaian beliau, sangat menakjubkan dan tidak ada atlet lain yang mampu mempertahankan kejuaraan yang dimiliki oleh beliau.
Saya juga penyokong setia Datuk Lee Chong Wei, tetapi apabila saya menonton perlawanan badminton ini, saya merasakan Datuk seorang yang sangat gigih dan tidak pernah kenal putus asa untuk mengharumkan nama negara. Ini kerana, beliau sering berlawan dengan musuh ketatnya iaitu Lin Dan dari China. Tidak disangkal, mereka berdua sangat hebat dalam acara ini yang mana rezeki berpihak kepada Datuk Lee Chong Wei.
Bagi saya, tidak semua orang mampu berbuat sedemikian dan berjiwa kental seperti beliau. Syabas diucapakan kepada beliau. Kejayaan seseorang terletak kepada kemampuannya sendiri.. ^_^
No comments:
Post a Comment