Friday, May 31, 2013

permainan dimonopoli kaum India.. :)

Uniknya di Malaysia, kita mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Aha, post kali ini, saya tertarik dengan permainan "Silambam". Pada mulanya, saya memang tidak tahu apa itu Silambam. Bila saya cek di internet, barulah saya tahu permainan ini. Jom saya kongsikan apa yang menarik tentang permainan ini.


Permainan Silambam ini merupakan permainan yang dimainkan oleh kaum India. Silambam bermakna pergerakkan tanpa senjata dan senjata seperti tongkat kayu, pedang, tombok dan sebagainya. Silambam juga diertikan sebagai bakat pertandingan, tindakan untuk menakutkan orang lain, tindakan bertaktik dan memusing tongkat kayu.

Kepakaran awal dalam seni Silambam ialah "membina rumah".. Di sini ahli akan menetapkan langkah kaki bilangan langkah 16, 32, 64 dan sebagainya untuk meletakkan musuh di bawah penguasaannyan membelasah sebelum menerkamnya. Kepakaran berikut adalah kemahiran-kemahiran membongkok, lincah, bakat dan membelasah dengan bertindak tanpa menggerakkan badan dan mengerakkan badan pada empat situasi, iaitu kepala, bahu, pinggang dan kaki tanpa sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan menjadi lesu.

Jadi, sape-sape yang nak cuba main permainan boleh lah kutip kayu-kayu ditepi jalan..hehehe.. :)



Katakan Tidak Pada Rokok!



Siapa kata rokok tu sihat? siapa kata rokok tu boleh hilangkan stress? majoriti perokok adalah  dalam kalangan lelaki.Tetapi jangan terkejut, perempuan pun ada yang merokok. Zaman sekarang, tidak melihat samada perempuan atau lelaki yang merokok..Ok, disini saya nak kongsikan apa kaitan antara rokok dan sukan ?? ha, jom kita tengok apa yang menarik.



         Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok telah diperkenalkan secara menyuluruh termasuk ke dunia Islam oleh penjajah Barat yang beragama Kristian dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu. Tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang barat yang menjajah mereka. Hari ini merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing terutamanya yang dipaparkan melalui media massa. Malah tabiat suka menipu dan menyeleweng daripada jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

                        

  Hadith Rasullullah s.a.w :

1. "Bezakan dirimu dari kaum Musyrikin" (Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani " (At-Termidzi)


Ok.. post kali ini ape kaitan rokok dengan sukan..?? aha..kite lihat balik bagaimana seorang perokok nak berhenti merokok..caranya sangat senang.. jom kita bersenam.. :)


Senaman juga boleh menyihatkan organ-organ badan. Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit. Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan. Senaman yang dilakukan secara teratur sangat berguna untuk meningkatkan pembinaan otot. Maka otot-otot akan terbina dengan lebih baik lagi dari segi saiz, kekuatan, kekenyalan dan daya tahan.
 Untuk mendapatkan senaman yang terbaik, seseorang perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu terutama mereka yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita.


Jadi, pada perokok-perokok tegar diluar sana, apa tunggu lagi..jom berubah!! hanya perlu bersenam...



Thursday, May 30, 2013

cantik... ^_^

Apabila mula  musim sukan Olimpik ke SUKMA ke..acara pertama yang saya nantikan adalah renang berirama. Saya suka sangat melihat pergerakan yang dilakukan oleh atlet tersebut. Siapa kata dalam air tak boleh beraksi. Ha, ni buktinya, perenang boleh berenang mengikut irama yang mereka suka.

     Disini, saya ingin kongsikan bagaimana wujudnya renang berirama ini. Renang berirama diperkenalkan pada lewat abad ke 19, renang berirama turut dikenali sebagai artistik, perhiasan saintifik, corak renang sama seperti tarian balet dan seorang aktor lelaki adalah "perenang artistik" yang pertama membuat pertunjukkan tarian di dalam air hanya semata-mata hiburan. Rekod pertama pertandingan adalah acara lelaki di Berlin pada tahun 1981. Tetapi balik kepada abad sebelumnya, wanita maju kehadapan terhadap renang berirama.

      Asalnya renang berirama seperti yang kita tahu ialah berasas kursus keselamatan renang di Persatuan Penyelamat Di Raja. Pada 1924, sekumpulan wanita Canada di ketuai oleh Kaliber, Pemain Kebangsaan Polo air dan penyelam margerat seller, pembangunan apa yang di panggil "Perhiasan Renang" daripada penyelamat dan teknik renang. Di dalam beberapa tahun, peraturan masih lagi di kekalkan dan pertandingan pertama di anjurkan. Pertandingan dunia yang pertama ialah kejohanan peringkat daerah yang diadakan di Montreal kemasyhuran renang berirama kesinambungan kepada semua terutama di Amerika Syarikat.
        Sukan renang berirama di demonstrasikan pada tahun 1951 di sukan Pan Amerika di Bueenos Aires pada 1952 d sukan Olimpik di Helsinki. FINA, pertubuhan antarabangsa untuk sukan akuatik meliputi berirama pada tahun 1954. Pembukaan kejohanan renang berirama ialah pada tahun 1973 di Balgrade dan diterima kedalam program Olimpik terutama acara wanita pada tahun 1984.
        Sukan renang berirama di demonstrasikan pada tahun 1951 di sukan Pan Amerika di Bueenos Aires pada 1952 di sukan Olimpik di Helsinki.Fina, pertubuhan antarabangsa untuk sukan akuatik meliputi berirama pada tahun 1954. Pembukaan kejohanan renang berirama ialah pada tahun 1973 di Belgrade dan di terima kedalam program Olimpik terutama acara wanita pada tahun 1984.
      Kepada peminat-peminat sukan renang berirama macam saya..jom kita layan.. :)


Wednesday, May 29, 2013

Biasa tapi Pelik

Umumnya, acara tarik tali merupakan acara sukaneka yang biasa dibuat disekolah-sekolah dan acara suka-suka. Acara ini juga biasanya dibuat ditepi pantai ataupun di padang.


Ha, yang menariknya, acara ini telah diadakan di Sukan Olimpik pada tahun 1900-1920. Bila kita lihat balik, acara ini lebih kurang macam sukan untuk subjek Pendidikan Jasmani. Namun, tarik tali sememangnya acara yang pernah dipertadingkan di Sukan Olimpik pada abad ke-5. Untuk versi Olimpik moden, ada dua pasukan dengan lapan ahli di mana pasukan yang berjaya menarik lawan pada jarak enam kaki dikira menang. Sekiranya tiada pasukan yang berjaya selepas lima minit, pasukan yang menarik pada jarak jauh terjauh diisytiharkan sebagai pemenang.


Mengikut pengalaman saya, acara ini bukanlah acara yang sangat mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta semangat berpasukan untuk merangkul juara. Jadi, untuk merasai sendiri, saya mengajak anda untuk  turut serta jika acara ini diadakan  dimana-mana.

Satu Dalam Sejuta..

Ini pula lain ceritanya, jika post lepas kita cerita tentang ratu skuasy negara, tapi kali ni kita tengok pula raja badminton negara. Aha! pasti semua orang sudah mengenali beliau.Beliau yang dimaksudkan adalah Datuk Lee Chong Wei. Beliau berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Apa yang menarik tentang beliau pula, beliau seorang pemain Badminton professional. Pencapaian ini telah membantu beliau mengurniakan gelaran Datuk kepadanya serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira negara kebangsaan.


         Selain itu, Datuk Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Malah, beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an) dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu. Fuhh!! bila dilihat pencapaian beliau, sangat menakjubkan dan tidak ada atlet lain yang mampu mempertahankan kejuaraan yang dimiliki oleh beliau.

     

        Saya juga penyokong setia Datuk Lee Chong Wei, tetapi apabila saya menonton perlawanan badminton ini, saya merasakan Datuk seorang yang sangat gigih dan tidak pernah kenal putus asa untuk mengharumkan nama negara. Ini kerana, beliau sering berlawan dengan musuh ketatnya iaitu Lin Dan dari China. Tidak disangkal, mereka berdua sangat hebat dalam acara ini yang mana   rezeki berpihak kepada Datuk Lee Chong Wei.


       Bagi saya, tidak semua orang mampu berbuat sedemikian dan berjiwa kental seperti beliau. Syabas diucapakan kepada beliau. Kejayaan seseorang terletak kepada kemampuannya sendiri.. ^_^

Ratu Sukan.. :)


Assalamualaikum.. Post kali ini kita tengok antara atlet yang banyak mengharumkan nama negara. Saya tertarik dengan seorang atlet yang bergelar Ratu skuasy negara. Siapa yang tidak kenal dengan beliau. Beliau telah banyak mengangkat nama Malaysia diperingkat antarabangsa dalam acara skuasy. Selain itu, beliau juga telah dianugerahkan Darjah Bakti (D.B.) Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN). Siapa sangka gadis yang berpewatakan sederhana ini telah banyak memenangi pingat emas di setiap acara terbuka dunia seperti Terbuka dunia di Jerman pada tahun 2005, terbuka Hong Kong Cathay Pacific (2008) dan terbuka di negara-negara lain.

      Tambahan pula, pada tahun 2009, Datuk Nicole telah mencapai rekod atlet berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA dan menerajui jaguh empat teratas.Ini juga telah dibuktikan kerana beliau menjadi juara hampir setiap tahun bermula tahun 2006 sehingga sekarang.

         Sebagai rakyat Malaysia dan seorang remaja, saya amat kagum dengan kesungguhan dan semangat beliau untuk menaikkan nama negara di seluruh dunia. Beliau juga bukan sahaja bijak dalam bidang akademik, tetapi bidang sukan juga beliau aktif. Tidak hairanlah jika ada remaja diluar sana mengikut jejak langkah positif yang beliau tonjolkan. Seharusnya, belia perlu  menjadikan beliau sebagai ikon untuk masa hadapan.

      Syabas dan tahniah saya ucapkan  kepada Datuk atas sumbangan yang diberikan dalam menjadikan Malaysia mengorak langkah maju kehadapan.. :)))




                     Aksi lincah beliau... :) 



      





Thursday, April 18, 2013

Bukan Hanya Sukan Untuk Perempuan

Aha, siapa kata bola jaring untuk perempuan sahaja? almaklumlah dunia sekarang dah maju. Dahulunya sukan ini sinonim untuk perempuan sahaja. Jika kita lihat seorang lelaki yang bermain permainan ini dianggap lelaki itu seorag yang lembut. Perkara ini telah disangkal kerana zaman berubah dan masyarakat menganggap perkara ini hanya biasa sahaja dan tidak kelihatan pelik.


Kini  sudah ada kelab sukan yang memiliki pasukan bola jaring di negara ini apabila ada usaha pihak tertentu mempopularkannya untuk golongan lelaki pula. Mungkin ramai yang tidak tahu. Yang menariknya, sukan ini juga telah popular di peringkat antarabangsa. Malangnya, Malaysia tidak lagi mendapat tempat untuk bersaing kerana baru , malah pertandingan di dalam negara untuk sukan ini juga tidak banyak seperti perlawanan bola sepak.


Bagi pendapat saya, saya melihat bola jaring lelaki ada masa depan dan boleh menjadi salah satu sukan yang boleh menaikkan nama Malaysia. Selain itu,  Kementerian  Belia dan Sukan perlu meneroka sukan baru   setelah sukan popular lain sukar menyerlahkan pasukan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, mungkin  sukan ini menjadi sukan yang mendapat ranking teratas selepas bola sepak. Secara kesimpulannya, sukan ini juga boleh bersaing dengan sukan-sukan lain. Oleh itu, kepada lelaki di luar sana, jangan malu untuk mencuba sukan bola jaring ini. :)


Info Bola Jaring:

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai dan berasal daripada bola keranjang. Dicipta pada tahun1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita. Bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popilar di Indies Barat, Sri Lanka dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.



























Jimat dan Sihat





Aktiviti menunggang basikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh apabila pil diet dan latihan di gim tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain itu, ianya juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri.Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat. Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekaligus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.


    Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari, dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056 dalam tempoh satu jam perjalanannya. Ini bermakna hanya dengan berbasikal individu tersebut telah membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya. Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.



Faedah Kesihatan
1. Menurunkan Kadar Kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolestrol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolestrol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.

2. Merehatkan Minda
Aktiviti ini juga berkesan merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenagkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut kepekaan dan daya konsentrasi individu.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/05/berbasikal-cara-mudah-melangsingkan.html#ixzz2QpwjM214

       Saya berpendapat bahawa aktiviti ini  jarang dipraktikkan di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap aktiviti riadah seperti ini sangat kurang berbanding dengan negara China yang mana berbasikal adalah aktiviti wajib mereka. Ini kerana, di China contohnya, mereka menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama untuk mereka pergi ke destinasi yang ingin dituju seperti pergi ke sekolah ataupun pejabat.


     Selain itu, dengan berbasikal, kita dapat mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos dan mengurangakn kesesakan lalu lintas. Apa yang menarik tentang aktiviti, negara boleh mengurangkan kadar kemalangan sekiranya basikal merupakan pengangkutan utama bagi rakyat Malaysia secara amnya. Justeru, untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbasikal, saya mencadangkan supaya kita mengadakan kempen seperti "Hari Berbasikal", atau memberi basikal secara percuma kepada isi rumah. Dengan cara ini, sedikit demi sedikit, rakyat Malaysia akan lebih terkesan bahawa pentingnya dalam menjaga kesihatan diri. Ini kerana rata-rata rakyat Malaysia juga kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan tiada masa untuk bersukan.

Oleh yang demikian, marilah kita menjaga kesihatan agar hidup kita lebih berkualiti dan proaktif. Jom berbasikal! :)



Sukan Kegilaan Ramai


Memandangkan demam piala FA bermula lagi, ramai peminat bola sepak tertunggu-tunggu siapa yang bakal ke final? kita tunggu dan lihat.  Ok, post kali ini saya tertarik sekali  dengan sukan bola sepak. Siapa tidak kenal dengan atlet bola sepak negara  seperti  Safie Sali, Amir Yahya atau Khairul Fahmi Che Mat. Hah! pemain luar negara pula seperti Cristiano Ronaldo, Fernando Torres dan Wayney Rooney. Tidak dinafikan, sukan bola sepak menjadi kegilaan ramai tidak kira lelaki mahupun perempuan. Mereka sanggup berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan yang dinantikan antara kelab dengan kelab atau negeri dengan negeri. Yang menariknya, terdapat stesen televisyen khas di Malaysia 'Astro Super Sport' menyajikan perlawanan bola sepak tidak kira dalam atau luar negara. Saya kira, stesen televisyen ini diperkenalkan untuk mereka yang tegar terhadap sukan ini dan mendapat permintaan ramai.
  


       Umumnya sukan bola sepak merupakan sukan yang paling terkenal di seluruh dunia. Sukan ini telah mendapat tempat peminat bola sepak di dalam dan luar negara. Tambahan pula, sukan ini bukan sahaja digilai oleh kaum lelaki tetapi ia juga diminati oleh kaum perempuan. Menarik tentang sukan bola sepak ini adalah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia dan dimainkan juga oleh dua pasukan yang mana setiap-tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Justeru, sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara.

Antara kelebihan bermain bola sepak adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan
Sukan bola sepak adalah salah satu cara yang efektif untuk menurunkan berat badan berbanding sukan lain. Selain itu, ia beerti dengan berlari dan berjalan semasa bermain sukan ini membantu menurunkan berat badan yang ideal. Apabila anda berjalan, permintaan tenaga dari tubuh anda menjadi sangat tinggi, yang biasanya akan menyebabkan peningkatan metabolisme. Berat badan tidak hanya tentang diet, harus digabungkan dengan latihan yang tepat dan banyak.

2. Menyihatkan jantung
Berjalan dan berlari akan menguatkan sistem kardiovaskular anda secara keseluruhan dan memanjangkan umur anda. Tambahan pula, ia meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan. Malah, anda perlu selalu ingat bahawa otot  dan paru-paru memerlukan lebih banyak oksigen di seluruh tubuh badan dan dengan cara kita mengamalkan sukan ini, ia dapat mengepam darah ke seluruh tubuh kita. Ini dapat mengurangkan risiko serangan jantung serta menurunkan daripada tekanan darah meningkat.

    Melihat kepada senario ini, Islam tidak meletakkan  apa-apa syarat sekalipun untuk kita meminati permainan yang kita sukai. Walaubagaimanapun, jika kita minat dengan sukan bola sepak ini, janganlah sampai kita lalai dan alpa dalam melakukan tuntutan yang diwajibkan oleh Allah S.W.T seperti  meningalkan solat. Oleh itu, tidak salah untuk kita menyokong mana-mana pasukan yang kita suka. Akhir kata "Majulah Bola Sepak Untuk Negara" Go Selangor!! ^_^


    




Monday, April 15, 2013

Sharing Moment.. :)

Bersukan merupakan aktiviti sihat yang dapat membantu mencergaskan minda, tubuh badan dan memberikan kehidupan seseorang lebih berkualiti. Dalam perkongsian blog ini, saya lebih suka untuk membicangkan topik berkaitan sukan. Bagi saya seseorang yang bersukan lebih nampak cergas, proaktif dan lebih berketerampilan.

       Semenjak daripada kecil, saya amat meminati sukan Taekwando. Sukan ini banyak mengajar saya erti ketabahan, kesabaran dan teknik-teknik untuk mempertahankan diri. Apabila saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), aktiviti yang saya ingin sertai adalah Taekwando. Alhamdullillah, saya dapat menyertai sukan ini dan menimba pelbagai pengalaman, cabaran dan rintangan untuk mendidik diri lebih fokus dan berdisiplin. Kenangan yang saya tidak akan lupakan sampai akhir hayat adalah saya pernah mempelajari teknik sukan Taekwando daripada salah seorang atlet negara iaitu Elaine Teoh. Beliau banyak membantu saya dan rakan untuk memantapkan lagi seni Taekwando ini. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menyertai sebarang  pertandingan Taekwando pada peringkat Majlis Sukan Universiti (MASUM), tetapi saya berkesempatan menjalani latihan Taekwando di Stadium Sukan Bukit Jalil yang disertai oleh atlet Malaysia sendiri. Terasa bertuah dan bangga pabila bersama dengan barisan atlet Malaysia dan mereka telah melakar sejarah dalam acara sukan ini. Pada saya, sukan ini amat penting khususnya para wanita kerana melihat keadaan sekarang yang mana jenayah ragut, rogol dan culik berleluasa. 


        Kepada mereka yang sukakan kesenian, ingin ketahanan fizikal dan mental serta  ingin mempertahankan diri, boleh lah mencuba untuk mempelajari lebih mendalam tentang seni Taekwando yang  pada  saya ia juga dapat menenangkan fikiran apabila kita terlalu  sibuk bekerja dan belajar.  Selamat mencuba. Majulah sukan untuk negara :))